Friday, January 7, 2011

Cerpen: Masih Ada yang Sayang

Pada malam yang dingin ini, aku duduk bersendirian di tepi tingkap. Suasana pada mala mini sungguh meriah. Cahaya yang bergemerlapan di kaki langit ibu kota Kuala Lumpur dapat ku lihat dari sini.
Seperti kebiasaannya, sebelum aku melelapkan mata, aku akan membuat refleksi diri. Memikirkan perkara-perkara yang telah ku lalui sepanjang hari ini. Mana yang baik dijadikan amalan berterusan, mana yang buruk sekadar dijadikan peringatan agar tidak ku ulangi lagi.
“Ibu, bila kita nak balik kampong? Fara nak jumpa atuk dan nenek Fara. Ibu tak pernah bawa fara balik kampung. Kita tak ada kampung ke ibu?”
Begitu sekali soalan yang diajukan si kecil Fara. Fara yang baru menjangkau usia empat tahun itu adalah buah hasil perkongsian hidup bersama suamiku. Aku dapat mengerti perasaan anak kecil itu. Lebih-lebih lagi, dia baru memasuki alam persekolahannya. Tentu sekali rakan-rakannya bercerita tentang datuk dan nenek mereka.
Tetapi, malangnya, aku tidak mampu memenuhi tuntutan emosinya yang juga memerlukan kasih saying dan belaian dari insane yang bergelar datuk dan neneknya. Bagaimana hendak ku terangkan mengenai datuk dan neneknya kepada anak sekecil ini? Dia tidak bersalah,. Tetepi persoalannya, sampai bilakah aku harus berterusan mengelak untuk menjawab soalan yang bertalu-talu diajukan kepada aku itu?  
Lapan belas tahun yang lalu...

‘’Hahaha. Kau tu tak ada ayah tahu? Kesian betul kau. Kami semua ada ayah masing-masing. Setiap hari ke sekolah ayah kami yang hantar. Ayah kau tak ada.’’
Kata-kata yang berbaur ejekan itu terpaksa ku telan satu persatu walaupun sakit dan peritnya hanya Tuhan saja yang tahu. Aku berasa amat tertekan apabila dihina dan dicerca. Bukan saja rakan sekolah malah orang kampung juga turut melemparkan kata-kata sinis mereka setiap kali bertemu muka dengan aku.
Pernah juga ku bertanya kepada emakku, ‘dimana bapaku berada?’. Malangnya setiap kali bertanya, aku dimarahi dan diherdik pula. Salahkah aku bertanya tentang bapaku sendiri? Apa salahku sehingga langsung tidak dapat mengenali ayah kandungku sendiri? Merasai kasih sayang nya jauh sekali.
Malah hidup ku serta kewujudan diri ku umpama menambahkan bebanan dan menyesakkan fikiran emakku. Bukan sahaja kasih sayang daripada seorang ayah tidak dapat ku nikmati, malah emakku juga seakan tidak mengambil berat soal kebajikan diriku. Aku umpama yatim piatu sebelum masanya. Aku juga tidak pernah dilayan dengan baik oleh datuk dan nenekku. Saudara mara juga seolah-olah jijik untuk mendampingi diriku. Malah aku dihina dan dicerca. Aku hanya mampu bersabar serta berdoa agar suatu hari nanti aku disanjungi dan tidak dimaki lagi.
Aku juga menanam azam untuk menjejaki ayahku yang tidak pernah ku kenali selama ini. Namun begitu, mujurlah aku mengetahui namanya Abdullah. Tetepi Abdullah berbinkan siapa? Apabila dirujuk pada sijil kelahiranku, yang tercata untuk ruangan maklumat bapa, hanyalah satu ungkapan yang mudah, ‘tiada’. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi itu menimbulkan seribu satu soalan dibenak fikiranku.
Pada suatu hari, aku telah dipanggil oleh guru kaunseling. Aku berasa amat pelik. Sudah enam tahun ku bersekolah di sini, tetapi tidak pernah sekalipun aku melakukan kesalahan yang melanggar peraturan sekolah. Setahu aku, mereka yang bermasalah dari segi disiplin sahaja yang akan diberi kaunseling.
Pelbagai soalan diajukan kepada aku. Bagaiman cikgu ini boleh memahami keadaan yang aku alami selama ini? Aku tidak pernah mengadu dan bercerita epada sesiapa pun berkaitan masalah aku di rumah.
Setelah selesai perbincangan sessi kaunseling bersama Cikgu Aminah, sekonyong-konyong benakku  diserbu seribu satu perasaan. Sedih, malu dan kecewa semuanya menjadi satu. Pelbagai perasaan bercampur-baur sehinggakan tidak langsung terungkap di bibir mungil ku ini.
Kini, aku sedar impianku untuk menjejaki bapaku punah sama sekali. Hidupku tidak seperti rakan-rakanku yang lain. Rupa-rupanya, insan yang bergelar bapa tidak pernah wujud di dalam kamus hidupku ini.
Pendek kata, status diriku adalah anak tidak sah taraf. Suatu ungkapan yang cukup untuk menggambarkan segalanya. Patutlah orang kampong selama ini menggelarku dengan pelbagai gelaran yang cukup memalukan. Aku cukup malu untuk berdepan dengan khalayak ramai. Namun begitu, aku tetap sayangkan emakku. Aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar Allah mengampunkan dosaku terhadap emakku.
Semenjak ku mendapat tahu perkara sebenar, satu lagi perasaan timbul di lubuk hatiku. Perasaan umpama berdendam terhadap insan yang bergelar lelaki. Pada tanggapanku, semua lelaki sama saja. Mereka hanya ingin mengambil kesempatan tehadap kelemahan wanita. Disebabkan seorang lelaki iaitu ‘bapaku’ jugalah emakku terpaksa melahirkan aku ke dunia tanpa kerelaan.
Namun begitu, semenjak aku mengenali suamiku ini, perasaan tersebut beransur hilang. Nujur jugalah aku mempunyai seorang suami yang memahi status dan keadaan diriku ini. Apatah lagi, aku kini hanya sebatang kara setelah emakku yang tercinta pergi menghadap Ilahi enam tahu lalu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Walaupun semenjak kecil aku tidak pernah dicurahkan dengan kasih sayang tetapi kini aku mempunyai seorang suami dan anak yang cukup menyayangi dan membahagiakan ku. Alangkah indahnya jika kehidupan sebelum ini  seperti apa yang ku rasakan kini.
Namun kini, azam ku telah sama sekali berubah. Aku hanya ingin memberikan sepenuh kasih sayang kepada anakku ini. Aku tidak rela apa yang ku lalui sebelum ini terjadi kepada anakku dan insan lain. Aku juga ingin tampil memberi bantuan, nasihat dan motivasi kepada semua wanita agar tidak melakukan seperti perbuatan emakku. Aku sudah cukup mengerti perasaan bergelar anak luar nikah. Lebih-lebih lagi ketika ini sedang hangat diperkatakan berkaitan isu pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah. Semoga tiada lagi insan yang sengsara sepertiku suatu ketika dahulu.
Aku akan selalu berdoa, semoga Allah merahmati roh emakku. Semoga juga dosa silam yang dilakukannya diampuni  Ya Rabbul Jalil. Aminn.....

masih ada yang sayang

nampak tak nampak tak?
nama omel tepapar di hujung karya tuh
terharu,,
sekali lagi!
MAJALAH PRESTIJ ye kengkawan


page 81 yew!

p/s: sori yew kalaw penad membaca
nih lah yang ali nye, tak bole nak short kan kalaw tak bertambah tak best

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

sedihnya kisah dlm cerpen ni...
last~mak die mati
:|

teruskan menulis yee (:

Cik Seri Omel said...

sekali bace mmg sedih, dua kali bace boring jerk, huhu

insyallah, impian nak jd penulis yg terkenal suatu hari nt. aminn

Nurina Izzati said...

assalamualaikum,
patutlah cerpen masuk majalah memang indah sekali penulisannya.
kalau akak tak keberatan, sudilah kiranya menjengah masuk blog nurina yang tak seberapa pun. ada juga buat cerpen2 ni, harap dengan skil penulisan akak boleh bantu nurina. hehe.
=)

Cik Seri Omel said...

thanks yew nurina, baru belajar menulis, merangkak lagi, akaq follow nt yew

ferry said...

best!

Cik Seri Omel said...

ferry: thanks yew