Saturday, December 3, 2011

Mati. Bersediakah kita?

salam semua.

Inalillah.
satu perkataan yang cukup jelas menggambarkan segalanya.
bila sebut inalillah, bermakna kembali kepada Allah.
ungkapan ni tak semestinya guna time org meninggal, 
but pemikiran typical org melayu, Inalillah, maksudnya mati lah orang tuh
sedih sungguh, betapa cetek pemikiran org melayu masa kini, tu lah terjadi apabila ada ilmu tapi tak dihayati,


'Inalillahi wainna ilaihi rajiun' 
maksud nya: aku datang dari Allah, aku kembali kepada Allah
*maaf, pernah terbaca, tak digalakkan kita menulis ayat Quran dalam tulisan rumi

ugkapan ini boleh kita ucapkan tatkala mendengar sesuatu musibah, atau org tu sakit, eksiden and whatsoever and yg paling famous time meninggal.

tadi pagi, ada seorang saudara omel meninggal,
tapi tak pergi melawat, my parents je pergi,
mak kate, sungguh tenang wajah arwah, mendamaikan, tanda-tanda ahli syurga tu

yela, saudara omel tu tak sempurna akal nya,
jadi bila kembali ke sana, jaminan syurga buat nya
alhamdulillah, bertuah nya badan

itu lah, orang yang sering kita tertawa kan
orang yang sering kita hina, caci maki
malah ada yang lebih tega apabila melemparkan sampah ke wajah nya
dia pula bereaksi tenang, malah boleh tertawa, boleh gelak sama
itu lah, manusia kurang sempurna bagi kita, tapi sungguh mulia disisi Ilahi

syurga?
Insyallah, semasa hidup mak selalu cakap,
layan dia dengan penuh sabar, gembira kan hatinya
dia adalah salah seorang penghuni syurga kelak,
mana tahu dia boleh bawa kita bersama nya nanti
amin...

seksa kubur?
wallahualam
segala perbuatannya didunia, segala percakapan, gerak langkah, pergerakan,
semua nya dilakukan dengan akalnya yang tidak sempurna,
wajarkah dia dihukum? Allah saja yang berhak menentukan nya,

insyallah, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi
Alfatihah buat semua umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah

kita?
bila lagi? bila masa nya?
Insyallah, sama-sama lah kita perbanyakkan amalan,


nota tangan: sering kali kita memikirkan perkara duniawi yang lagha, bila lagi kita nak fikir akhirat, bila lagi kita nak fikir saat sakaratul maut, bila lagi kita nak fikir kehiduan kita selepas ini, fikirlah...

No comments: