Friday, December 16, 2011

Pelik ke aku baca doa lepas azan?


salam peeps. . .
lama tak jumpa kankankan?

sorry babe, ada task kat maktab,
so, need back to maktab.
oke, sekarang dah free...

back to the main point.
tadi pergi keluar town.
#town lah sangat simpang tuh

tengah2 dok order kat cool blog tuh,
sambil bergelak ketawa, 
aku dengar azan.
terus aku diam dan menghayati.

one word je aku boleh express kan perasaan time tuh
SYAHDU.
memang sungguh syahdu.
aku tengok orang kiri kanan dok rancak berbual,
masih rancak dan terus bergelak ketawa.
aku pulak...
terdiam dan  terus terdiam
sedih, betapa kurang pekanya umat ISLAM hari ni
aku diam lagi.
tamat je azan, aku terus menadah tangan berdoa kepada yang Esa.
aku tengok kiri kanan ada yang buat-buat ta tahu
ade juga yang pelik, ade yang tertengok-2 kat aku
aku pulak, ada aku kesah?hehe
aku cuma buat perkara yang betul ,
aku buat perkara yang diseru ISLAM.
dah tuh yang aku amalkan di MRSM.
itu yang warga maktab ajar aku.
aku pun buat je lah
dengan niat kerana Allah.




laungan kebesaran. . .


PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH
  • Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
  • Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
  • Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.
HUKUM AZAN DAN IQAMAH
  • Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
  • Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.



doa selepas azan

source: ade tertera link disitu.


No comments: