Thursday, March 15, 2012

Relakah kita? Rela dalam terpaksa.


tak semua sehaluan dengan kita.

tak semua juga sependapat dengan kita

adakalanya,
yang berkuasa mengatakan ke depan
tapi tidak semua mampu mengikutnya.
tidak semua akan setuju dengannya.

pernah ke kita terfikir untuk membelakanginya?
YA.
pasti ada terlintas di hati kita.
beranikah kita?
YA.
pasti ada di antara kita memang benarbenar memaksudkannya.

KEBELAKANG
dengan yakin mengatur langkah
dengan berani memungkiri.

tapi bagi yang tak berani?
sanggupkah?
hanya mampu menyeret kaki 
membontoti segala gerak geri
menjadi pak sanggup yang membuta tuli
rela dalam terpaksa.

YANG BERKUASA
tak selamanya berkuasa
tak selamanya dengan arahan mereka
kelak merasa juga
apabila orang bawahan tidak lagi mempedulikannya
siapakah kamu pada ketika itu?
renungkanlah.

*luahan hati dan perasaan.
pelakon di dalam gambar tiada kaitan
kadangkala terfikir,
mengapa melakukan kerja yang tidak kita rela?
memang pada asalnya kemahuan kita,
tapi lamalama, ia seakan satu bebanan.
mengapa kita perlu teruskannya?
sedangkan hati telah lama lari
bersama perasaan sendiri


No comments: