Friday, August 24, 2012

BWP. 1001 Kenangan.

salam semua. :)

after doing my addmath, ahad nak balek, minggu trial. whoaaa.
kawankawan sila doakan kejayaan untuk saya ye. semoga dipermudahkan segala urusan. mekaceh ye. muahh cket.

oke, ekceli dari malam tadi dok memerah idea, (macam memerah keringat jugak laa) nak update blog nih, supaya bila kalian semua lalu lalang, tak de lah sampai terbersin sebab segala jenis atuk nenek habuk ade kankankan? hohoho.

malam tadi usyausya blog orang, bw kat blogblog retis gituh, irine nadia dah kawin dua bulan lepas, aizulmarcello dgn lyndaroslan dgrnya nak bertunang dah, oke, yg penting aku jeles menengok semua retis blogger tuh gathering masa wedding si miss irine, FL (honeykoyuki) ade, NisaKay pn ade, Mr.Ujang pun ade, Yuyu Zulaikha pun ade, meriah sungguh lah wedding irine, dah la vogue habes (tambah pulak, pengantin pun ohhseeemmm giler) btw, tahniah irine walaupun dah terlewat.

       P1014351

----------->>okee, tamat sudaa iklan raya oke, kite berbalik pada tajuk entri di atas.


oke, ekceli tempoh aku berkhidmat sebagai Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM Alor Gajah, Melaka (atau lebeh femes mcm MPP lah dekat uni or kolej mane2 kan) telah cukup satu penggal. oke, satu penggal di sini bukan macam Datuk PM and Tan Sri TPM kite tuh berkhidmat, (4 or 5 tahun utk satu penggal) satu penggal kami lebih kurang setahun lah gitu. bermula 13 Ogos 2011 sehinggan 27 Julai 2012.

Jawatan aku tak lain tak bukan Honorary Secretary (bukan security eah). i love my job. mmg aku mintak jd s/u nehh, hamek ko, tak pernah dibuat orang nak mintak jd s/u semua org nak kerja senang, kerja yang tak payah nak pk banyak2, tak payah nak turun naik ofis, kerja yang tak payah nak bukak file, tapi yg penting ade NAMA babe. semua orang kenal gua! tu lah, lumrah hidup manusia, nak name, tapi bile susah tak nak. so, memandangkan aku ni kononnya terlebih rajen, amek lah s/u (ekceli tak reti nak jadi exco kebudayaan p/s: exco kebudayaan jawatan asal).

so, sepanjang jadi bwp ni mmg macammacam dugaan dan cabaran, but banyak juga experiences yang sangatsangat mematangkan aku, aku berdiri sekarang nih adalah berlandaskan pengalaman hidup. kadangkadang gelak ketawa samasama lupa sekejap segala masalah. lupa jugak homesick kat mak abah kat rumah tuh, sebab aku ade family yang betul2 macam family (tak mcm homeroom, hampeh:( ) kadangkadang ade jugak airmata tuh tumpas, aku ni cengeng cket (ni org jawa kata, maksudnya kuat nangis). kadangkadang kene marah dgn my daddy(president), my granny(advisor) sebab buat kerja tak betul, tak dengar cakap, haiihhhh, nakal sungguh aku nih, (*perhatian, kepada semua yang bakal bekerja dgn aku, jagajaga, aku nih kuat lupa)

cerita pasal kuat lupa, aku nehh memang kuat lupa, sampai my granny pun pening kepala tengok aku, jalan penyelesaiannya aku kene jotted down everything in my notebook, so pengajaran disini, bring my notebook everywhere. setakat nih dah masuk 3buku nota aku (dua dpd nya hilang, sebab aku lupa aku letak mana, hohoho).
 

kadangkadang bila dudukduduk tuh, aku teringat masa awalawal dulu jd bwp, habes jubah raya aku tahun lepas rosak garagara aku banyak sangat berjalan. hurmm, sedeh (lagi sedeh tahun ni punya baju raya rosak ye, harapmaklum, raya kat maktab aku berpakaian baju kurung beige). yang paling best part pergi konvensyen kat Tumpat. ni mmg sumpah best. kadang2 ketawa sorang2 bile teringat  aku menari jawa, aku terlanggar pokok kelapa sawit time berkayak, garagara gambar hangat, aku kene gosip dgn ehmmm, ntah lah. tapi tuh semua kenangan. manis sangat bile dah tuatua nanti teringat kembali.


ni aku pejamkan mata, tutup telinga,
nak gelak, gelak laa, 
guaa dah tak kesah, 



both, anak jawa..


krew yg terlibat dalam menjayakan konsert ye,
retis gituuu, 
huahuahua~~


setelah sekian lama berendam
menjadi penyu..


ni lah mukamuka yang menghentam pokok kelapa sawit
trauma untuk kayak lagii

bila jadi BWP nihh, mmg penat, handle event. sebulan sebelum event berlangsung kitorang akan meeting setiap malam. memerah idea, tapi, syukur, bila habes, ramai yg menghargai, ramai yg puji, tak kurang jugak yg komen membina, ade juga komen sampai tak terbina, walau dalam hati kadangkadang kecewa jugak, ade yg mengutuk, ade yg tak nak langsung menyokong, malah nak jejak kan kaki ke majlis tersebut pun mereka berat hati, tak pe, kami bekerja ikhlas, dan misi kami nak buat semua orang gembira, tapi, kita tak sempurna, tak mampu nak puas kan hati semua.
event yg paling best, yg paling buat kami kembang kuncup, sebab terlampau suka and bangga adalah TEACHERS DAY.





credit to budak seni yg banyak sgt membantu.

alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya, tanggungjawab pun aku dah laksanakan, terpulang pada mereka untuk menilai, baikkah atau sebaliknya? ambil segala kekurangan dan kelebihan yang ade pada diri aku, jadi kan teladan. semoga segala kesilapan, tak akan berulang lagi. insyaAllah. buat semua warga AG, aku dengan merendah hati memohon maaf sepanjang aku bertugas dulu ade yg terkurang, ade yg terlebih, ade yg kene marah, kene tengking, kene maki, kene puji, kene mcm2 laa kan, aku mintak maaf, sesungguhnya, niat aku tekad dan satu, aku tak mahu melihat anak bangsa dan rakan seangkatan aku rosak binasa kerana pemimpin merka yang gagal dalam melunaskan tanggungjawab.


Finally, dear my BWP's family, thanks so much, korang lah family yg paling best, korang yang buat hati aku terikat untuk duduk dua tahun kat alor gajah, (kalau tak, aku dah nak chowcinchow, hoho) korang, aku mintak maaf atas segala nya, aku tahu aku clumsy, cepat stress, gelabah tak tentu pasal, and sometimes annoyed kan, aku tahu, tapi dpd korang jugak lah aku belajar untuk overcome semuanya, daddy, granny, maklong, pakngah, pak uda, mak uda ---------> sampailah baby and ucu, makngah mintak maaf, and i really love uolls. 

15 of us.

cerianya kamii.



daddy..

to de new generation,
jalankan tugas dan amanah dengan ikhlas, jangan pernah sesekali mengharapkan balasan dan pujian dari orang lain, tanam kan dalam hati, segalanya hanya akan dibalas Allah, k.azrin selalu pegang katakata granny, percaya lah jika kita tolong orang hari ini, esok pasti Allah akan bantu kita,
insyaAllah.



new family.
gabungan lama and baru.

gudluck uolls.



1 comment:

Anonymous said...

http://www.site.com - [url=http://www.site.com]site[/url] site
site