Thursday, January 24, 2013

Part 1 SAB: Bermulanya Satu Kesedaran


Assalamualaikum,

sehat kah semuanya? alhamdulilah. syukur kerana masih bernafas lagi hari ini
sedar kah kita tentang hari ini? ya, for sure holiday kan, sapa tak suka kan.
hari ini, tanggal 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1433H.
pastinya, semua umat Islam masih mengingati tarikh ini, tarikh yang cukup bermakna apabila lahir nya seorang putera iaitu Rasulullah SAW.

pagipagi lagi rumah aku ni dah meriah, almaklum, ramai juga yang terpaksa menahan air mata bila tengok jiran tetangga dengan selamba bawak luggage besar gabak lalu depn rumah kitorang. sengaja je nak jerit kuat2 depan rumah kitorang sebab nak bagi tahu korang nak balik? sentap hati non kak jah oii, hehe, ( esok aku pun nak balik lah weiii, hehehe). tetibe rase rindu pulak nak berarak dari maktab pergi Masjid Saga Air Paabas tuh kann, hehehe, tak pe lah, mohh semua warga asrama kesidang kita berarak ke masjid tengkera, tak pun masjid tanah yang tak berapa nak masjid sangat tuh kan, 

oke, back to the real topic yang nak aku cerita, Sebelum Aku Bernikah entry yang lepas telah mengejutkan ramai pihak, ada kah aku nak bernikah dah? haihhh, tauk nya sebelum aku bernikah, memeng belum lagi lah weiii, tak sangup nak kawin awal, actually Sebelum Aku Bernikah tuh sebuah buku motivasi yang aku beli kat kedai buku Thai Kuang yang dekat dengan kolej aku ye, dikarang oleh Hilal Asyraf.

Hila Asyraf, seorang penulis yang banyak mengahsilkan buku motivasi, muda lagi, tapi masa dia karang buku SAB ni beliau belum bernikah tapi menuju pernikahan lah, so banyak berkisar tentang diri nya, sewaktu masih menuntut di Jordan.

KESEDARAN ITU PENTING
kali ni aku nak bawak korang ke part pertama yang mana tajuk nya, Bermulanya Satu Kesedaran.
menurut penulis, CINTA atau pun ALAM BERUMAH TANGGA, ataupun PERNIKAHAN ataupun PERKAHWINAN bukan satu perkara yang boleh di ambil mudah, bukan benda yang boleh nak di bawa bermain. kalaw hari ini, aku yakin seratus peratus, budak umur 15tahun pun dah mula nak bercinta, and aku sendiri tak nafikan lah hari ini aku pun sendiri bila cakap pasal cinta, aku rasa satu perasaan halus yang datang tibe2. itu lah norma kehidupan.

FAHAM SEBELUM BERCINTA
dalam topik ini, penulis menekan kan, betapa kita perlu betul-betul faham sebelum kita sendiri bercinta. dunia hari ini memang berbeza, ibu bapa hari ni pun semakin sporting dan begitu bersifat terbuka dengan anakanak, jadi, bagi aku tak ada masalah kalau adik aku yang baru masuk form 1 tuh tibe2 tanya ape tu cinta? bagi aku, jika kita benar2 faham ape yang dikatakan cinta dengan erti kata sebenar aku yakin tak ramai yang sanggup bercinta. hakikat cinta sebenar bukan lah seperti yang korang tengok dalam dramdrama petang2 kan (Setia Hujung Nyawa, lame tuh tak tegok) even dalam novel sekalipun tetap tak sama, oke, sekali lagi aku tekan kan, TAK SAMA bagi budak2 yang nak bercinta, jangan lah mimpi yang korang tuh akan bahagia walaupun dah kene dumb dgn bf/gf koang tu berpuluh2 kali, tak de nya pakwe makwe korang nak melutut bagai nak pujuk korang, oke, lupe kan, 

RUJUK YANG LEBIH TUA
jadi nasihat nya di sini, rujuk lah mereka yang lebih dewasa dari korang semua, tanya pendapat mereka, tentang cinta, aku yakin, mereka yang lebih dewasa itu lebih memahami apa erti cinta yang sebenar, jangan malu untuk bertanya. pupuklah kesedaran tentang perkara ini sebelum kamu bernikah, bina lah tapak atau asas perkahwinan mu kelas bermula hari ini, insyallah, bila kita yakin ianya kukuh baru lah bina masjid nya, oke?
 

dengan ini, terjawab lah teka teki korang yang ingat aku nak bernkah dah ye. belum lagi, aku sekarang tak fikir lagi nikah bagi ni, dalam otak aku nk pergi overseas je sekarang ni. moga tercapai hajat tu dalam masa 3tahun lagi, aminn, 

to be continue, bye.


me and auni 
dinner.

1 comment:

hajar saufi said...

Assalamualaikum. hai. have a visit on my blog :D
ur's nice